Jam terus berdetik..dan tidak sampai 12 jam tahun baru bakal menjelang dengan suasana yang baru dan cerita2 yang belum pasti.Segala kenangan pada tahun 2009 tersemat kukuh di lubuk hati wanita bertubuh kecil ini.Suka duka kehidupan diharungi jua walaupun adakalanya aku rebah seketika.Inilah dinamakan lumrah kehidupan yang manusia tidak dapat jangkakan sebagai cabaran.
Aku buntu seketika masuk tahun baru ni kerna dari kecil aku memang tidak pernah berazam.Azam?Siapa Azam?Bukan azam anak pak dollah.Ni azam tahun baru adik2.Bagi aku azam tidak semestinya semasa tahun baru saja..Bahkan semasa bulan 6 pun ko boleh berazam,bulan 9 ke..Tapi bila orang bertanyakan azam aku dan2 la masa tu aku katakan 'za nak bli umah,za nak bli coach handbag yang baru,za nak glowingkan muka,.....blah.blah.blah...'
Tetapi disebabkan aku akan semakin tua (23 on 18 january 2010).Makanye,adalah lebih baik aku berazam di tahun baru sebagai perubahan di usia tua ni.Di bawah,sedikit sebanyak aku paparkan azam tahun 2010 yang bakal aku realisasikan.Azam yang selebihnya adalah lebih baik aku simpan untuk diri sendiri.
Aku berazam untuk menjadi anak + wanita + teman wanita yang terbaik.Memberi kasih sayang yang sepenuhnya disamping membuang sikap aku yang agak degil tu.
Aku berazam menghabiskan pengajian aku dengan jayanya.
Aku berazam untuk bercuti ke Australia.
Aku berazam untuk mempelajari membuat cupcake dan icing kerana aku CINTA sama cupcake
Aku berazam untuk membeli blackberry.
Walaupun semangat aku cukup berkobar2 semasa menaip azam aku nie.Tiba2 aku mendapat pesanan ringkas dari Faizal *sambil menulis entry ni aku message Faizal tanyakan azam tahun baru dia.Dan dia dengan bangganya mengatakan azam tahun baru dia adalah;
Pasang bodykit kereta.Bagi aku cukup la yang original dekat kereta tu.Tak perlu nak menghabiskan rm4000+.
Beli kereta kedua.Ada apa dengan kereta kedua??Sedangkan kereta sekarang ni pun jarang pakai.
Adoi..tak faham aku dengan spesis lelaki yang bernama Faizal Abu Bakar ni.Tahun 2009 punya azam mau melancong ke Jepun.Tapi,alhamdulillah dapat direalisasikan walaupun hanya ke Korea.Kira ok la tu.
Akhir kata,tidak kisah lah sebangang mana pun azam tahun baru korang.Yang penting korang happy dan tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran yang mendatang..Good bye 2009.Welcome 2010
4 comments:
yg cupcake + blackberry tu and g australia sapa dgn my mission for dis yer...hahahah za tiru saya...x patut..
x patut........
fara: alamak!!!misi kte same ar fara..thats y,kte blh click.hihihi
yeah babe samakn cuma x b'kesempatan bertemu je ni...adios...chinese new yer la....dia x blh plan if plan sure x jadi....heheheheheh
u ajak i ronda2 singaporela....
fara: haha...thn baru cina pun xblh janji tkot tak menjadik gak.
Post a Comment