Monday, August 31, 2009

TGI OOOHH TGI

Selamat malam kepada yang membaca blog aku dan kepada yang hanya melintas,selamat gak aku ucapkan.Hari ni genap 10 hari kite semua menyambut ramadhan begitu juga aku da 10 hari berpuasa penuh.Hooray!!Tepuk tangan.

Tapi,bila aku ingat pasal berbuka puasa gerenti aku rasa nak marah.Bukan apa,masuk hari jumaat lepas dah 3 kali cancel tak dapat makan dekat TGI Friday's.Ni semua salah Fezal.Nak belasah dia.

.JUMAAT,28 Ogos

Fezal message ajak aku buka dekat TGI.Dia kata pukul 6pm sampai depan umah.Aku kate ok.Ko tau jela aku ni memang pantang orang ajak bejalan,siap 1 jam awal.Biasa lah pompuan.Muka aku da putih macam wayang pek ji sampai tukar jadik orang minyak..si Fezal nya tak sampai lagi.Jam da pukul 6.20pm.Aku dah tak boleh sabar.Sebab aku memang dah lapar.

Aku call Fezal..dier kate tengah cuci keta.Ellop!!!ni da pukul 6.20pm.Bilanya nak sampai TGI.Takpe,sempat la.Fezal balas.Ok,aku tunggu lagi..

......6.40pm Fezal nya badan aku tak nampak apa lagi dier punya bayang..Aku message dier reply pukul 6.45pm sampai depan umah.Aku sabar menanti tapi hati dah berapi.Tepat pukul 7pm Fezal sampai.Aku terus masuk keta tanpa menoleh.

Ko boleh bayangkan tak muka aku time tu?Ye..aku dah macam gunung berapi..Mulut diam bekunci.Perut dah berbunyi.Telinga dah berasap.Dalam hati aku,'ko jangan cakap sepatah.Siap ko kalau berbunyi'.Nasib baik Fezal memang diam je time tu.Khusyuk mengejar waktu yang semakin suntuk atau malu kerna dier sudah bersalah.Laju dier bawak keta jangan di tanya.Aku hanya mampu mengucap..

Sampai depan TGI orang semua dah berbuka pose.Kami??Hanya mampu melihat dari dalam keta.Kerna TGI sudah penuh dengan manusia.Tiada tempat kami berdua.Maaf,lain kali sahaja.

Dah janji pukul 6pm.Pukul 6pm la.Nidatang pukul 7pm.lain la memang da booking.Boleh la datang lambat.Yang gatal pergi cuci keta nape?Nape,keta kotor tak boleh gerak ke?Marah aku pada Fezal...Dier diamkan saja.Mungkin malas mau bebahas dengan aku.Selang beberapa minit Fezal tanya mau makan di mana?Aku jawab dengan malas...pepandai Fezal la.At last,kami berbuka pose di Roost.

Fezal minta maaf.Aku diamkan.Hati masih panas lagi.Jangan di usik.Aku makan dengan cermat tanpa menoleh ke arah Fezal.Sesekali dier bertanya.Aku jawab dengan wajah mencuka.Biasa lah,itukan diri aku.Aku hanya berbual dengan dier selepas 2jam lebih keluar bersama.Emosi sekali aku.

No comments: