Wednesday, September 8, 2010

LAPANNINESEPULUH

Perasaan sekarang sedang bercampur baur antara rajin bekerja dan malas memandangkan orang lain sudah mula bercuti untuk menyambut aidilfitri sedangkan aku gigih bekerja hingga ketitisan peluh yang terakhir.Walaupun setiap hari selang beberapa jam emak pasti akan menelefon bertanya lokasi anak kesayangan untuk membantu menyiapkan kuih tart tetapi di saat lagu raya berkumandang tiada apa yang dapat digambarkan melainkan perasaan sebak terasa seperti di oversea.Cis.

Kegembiraan untuk menyambut hari raya pada tahun ini tidak segembira tahun-tahun sebelumnya.Mungkin diri sudah gatal dah tak sabar nak duduk atas pelamin agaknya.Lempang laju-laju baru tau.Setiap hari pasti mengira berapa hari yang tinggal untuk ke second stage.Gasak kau lah memang tak menyabar.

Tapi,di saat memikirkan hari pertunangan yang bakal menjelma baru tersedar date pada hari ini sangat cantik 8.9.10. Semasa memilih date pertunangan lupa pulak dengan 8.9.10,kalau tidak pasti sudah save 2k untuk menjamu tetamu di waktu lunch.Menteri kewangan sungguh aku ni.Papepun,kepada mereka yang menyambut hari lahir pada hari ini terutamanya NURUL WAHIDA BT.ROSLI,HAPPY BIRTHDAY!

Monday, September 6, 2010

I LEARNED THAT...

Yesterday is a HISTORY,
Tomorrow is a MYSTERY,
Today is a gift and that is why we call it a PRESENT.

Wednesday, September 1, 2010

HYE SEPTEMBER!

Hari ni genap 23 hari umat Islam sedunia menyambut Ramadhan dan hari ini jugak sudah masuk bulan September.

Memang setiap kali datangnya bulan September pasti rasa mau stress mengalahkan stress datang bulan.Kalau datang bulan mungkin masih boleh take note berapa hari tak boleh solat dan menonton Detective Conan di waktu Maghrib tapi bila masuk bab bulan September jangan cakap take note,tulis dairy pun dah tak menyempat melainkan setiap hari kepala ligat memikirkan birthday orang.Memang gigih setiap malam tunggu hingga 12 pagi untuk wish birthday sesorang.Kekadang siap tersalah wish pulak.Isyyy.



2 September Abg Asrol

3 September Cik Ika pendek

6 September Kiki

8 September Ayah

9 September Akak kenit

12 September Buny Gonjeng

19 September Qaseh boncit

22 September Acin

25 September My Chinte Atie

26 September Abg Azrul


Everyday aku memang memerlukan daya ingatan yang kuat bagi memastikan aku tak terlupa dan setiap orang mendapat birthday wish dari aku kerana aku taknak dorang kecik atie.Even tak semua orang aku dapat bagi present but,at least bila wish means aku tetap ingat birthday dorang.Ramai lagi sebenarnya yang lahir dalam bulan September ni.Aku tetap ingat tapi tak perlulahkan aku nak list panjang-panjang dekat sini sebab kalau semua aku nak tulis baik aku buat calender terus.